Wednesday 10 October 2012

1 hari 1 ilmu baru



"hari ni lebih baik dari semalam, dan esok seharusnya lebih baik dari hari ini"
siapa yang berpegang pada nasihat ni, hidupnya terus maju ke depan. kesalahan dan kekurangan semalam tak akan berulang hari ini dan apa yang baik hari ini, diteruskan hari esok.


dah 5 minggu dalam klinik. banyak belajar perkara baru. ilmu-ilmu baru. benarla kata orang, ilmu tu tanpa amal sia-sia jer. pandai macam mane pon kita dalam kelas, tapi tak reti nak aplikasi dalam klinik dengan patient, ilmu tu jadi tak berguna. lebih membimbangkan, pergi nak beramal tapi tak ada ilmu langsung. mulalah terjerumus pada kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

bila dikaji-kaji balik, hakikatnya, penyakit itu kesan perbuatan manusia. memang benar ada penyakit yang Allah bagi untuk kafarah dan suratan takdir hambaNya. itu tak dinafikan dan diterima sepenuhnya. saya tekankan penyakit-penyakit zaman kini yang etiologi nya pesakit itu sendiri. contoh penyakit bidang yang saya ceburi,

gigi berlubang - makanan manis yang dimakan dengan kerap, makanan berasid, jarang bersihkan gigi dan mulut

gusi berdarah dan tulang gigi berkurang - merokok, minuman keras, kebersihan mulut tak dijaga

kehilangan gigi - penyakit-penyakit kronik, dan sebab-sebab di atas

semua sakit-sakit di atas, boleh dikawal dengan mengubat sikap dalaman diri pesakit. tabiat-tabiat yang tidak beruntung tu, sekiranya disalurkan kepada yang lebih positif, mampu menghalang pesakit daripada penyakit-penyakit sebegini.

tapi tak semua yang boleh menerima hakikat sebegini. "live life to the fullest" katanya. seringkali kita kena ingat, kehidupan kita ni pinjaman sahaja. ibarat modal yang dipinjam untuk kita menjana keuntungan demi hidup yang kekal abadi disana nanti. bila di mahsyar, saat untung-rugi dihitung, dengan gembiranya kita akan benar2 mengecapi "live eternity to the fullest!".

dan hari ini dalam sejarah, 51 org pelajar tahun 3 pergigian batch'10-'15 telah berjaya lakukan LA (local anesthesia) - bius setempat :) Alhamdulillah! tiada kecederaan n kemalangan ataupun pengsan. kita selalu "cuak" lakukan sesuatu yang baru atau menghadapi sesuatu yang baru. cuak tu bagus dengan kadar ia memotivasikan diri kita untuk bersedia. tapi ruginya kalau cuak tu hingga menyebabkan kita terus 'demotivated' untuk mencuba.

mendoakan yang terbaik untuk semua ;)

No comments:

Post a Comment