Friday 1 February 2013

Sawasdee Khrap (sawadikapp)


bangkok, here i come.

cuti semester seminggu kali ni diisi dengan trip ke bangkok!! asalnya untuk official visit jumpa dengan student mahidol university  (dental faculty) bangkok, thailand. tup-tup plan dipanjangkan jadi bercuti dengan ibu n adik juga. 6 hari di bangkok (4 hari jer kat rumah) akan dishare kat sini. mungkin dalam bbrapa episod sebab buka sem baru ni disambut dengan exam utk 3 subjek lagi (haishhh).

plan asal utk naik flight air asia pagi sabtu dibatalkan. end up naik thai airways pagi buta jumaat ke suvarnambhumi int airport (nak gerak skali dr airport punya pasal). sebab air asia turun di don muaeng int airport tak sama dengan MAS.

dalam flight sembang dengan "jiran sebelah"...

DUNIA KERJAYA dia kata bagusla amik dentistry, banyak peluang kerja, duit pon senang dapat. ye ker? macam makin susah je byt he time grad nanti. statistik terbaru dental school di Malaysia ada 12 buah. even negara maju seperti Australia ada 4 jer (adelaide, melbourne, queensland, UWA) tu pon sebahagian dah mula amik postgraduate entry. dia, seorg mech engineer, skang kerja dengan sy. oil&gas selalu kena travel untuk cari peluang-peluang baru. susah jugak hidup mcm ni walaupun dapat travel selalu (something that i like to do bila ada peluang). orang kata, enjoy ur study time, dah kerja nanti akan "rindu" time belajar. hurmmmm, entahlah?

selamat tiba di BKK pukul 9am (10am MSIA). tunggulah 4 jam.......

BACKPACKERS STYLE-trip yg di plan oleh adik n ibu. kami tak book mana-mana hotel. plannya, cari impromptu di Khaosan Rd. area masyhur utk backpackers - so byk la motel, guest house n 2stars hotel kat kawasan tu. kami decide untuk cari kat jalan seberang khaosan rd (happening sgt kalo kat sini, malam-malam ada pub pakat-pakat dok mabuk n karok)

DENTAL STALLS - doc aka lecturer ada cakap yang kat bangkok, dental clinic melata kat mana-mana. it is true! macam cendawan tumbuh lepas hujan. ada yang exclusive, ada yg macam klinik gigi kat malaysia even ada yang macam gerai tepi jalan.



ni yang ada betul-betul depan guest house yg kami menginap. perkhidmatan yang ditawarkan rata-rata untuk estetik. whitening, crown and bridge, whitening and whitening. ada juga untuk emergency tapi sambutan tak semeriah whitening.




KHAOSAN Rd. - terkenal dengan tempat tourist melepak. memang ramai omputih kat sini. boleh kata majoriti jugak la. dimeriahkan dengan night marketnya juga. ker day n night street market sbb sini mcm tak pernah menyepi.


to be continued...