Thursday 24 January 2013

Half BDS






Alhamdulillah. secara rasminya,
Lagi sekali melangkah ke "half BDS"
tetapi dengan perasan yang berbeza.

-exam sem 1 dilalui dengan tenang dan berpuas hati walaupun boleh buat lebih baik lagi
-cuti seminggu jer!!
-teruja! lawatan persahabatan ke Mahidol University, Thailand.
-mengharap sem 2 lebih baik dan tersusun




Always see the glass half full.
Having thoughts about another 5 semester to go through give me migraine attack. Requirements, Exams, requirements...requirements... am I able to complete with flying colours? Everybody was freaking out whenever we were talking about this.
Eventually, look at the bright side. Why looking at the empty half?
There so much things we have learnt over the past 2 and 1/2 years. If we could make it this far, it is possible to finish it off.

A week holiday is enough time for us to ponder upon ourselves. What I have gained these 2.5 years? What I had contributed? What are the things need to be improved? What I want to gain for another 2.5 years?
It is not worthy to grief for what had happened in the past. Our mistakes and weaknesses could always be our motivator to improve and be a better person. Recognize your mistakes, admit them and plan strategies to improve is better than thinking you are the best person, never make mistakes, and looking down at other people.

For this holiday, I hope I get a good rest, spend quality time with my family, re-organize myself and reconstruct my strategy for at least coming semester (as well as for another 2 years).



Tomorrow, I'll be leaving for Bangkok. Looking forward for the trip and hoping to meet some new friends over there :)






Monday 14 January 2013

Mutiara Kata

patient yang datang ke klinik bukan sahaja membantu saya untuk memenuhi requirement - melatih saya menjadi doktor yang mahir - tetapi juga sentiasa memberi semangat dan mengajar saya untuk berfikir dan berhati perut.

#1 hormati orang lain, nanti baru orang hormat kita
nasihat p.A sebelum dia melangkah keluar dari klinik selepas apoinment terakhir semester ni. tak kira siapa pun orang yang kita jumpa, kena hormat. walau apapun orang dah buat pada kita, kene hormat. tak kira apa latar belakang orang tu, kene hormat. Barulah orang akan hormat kita. ringkas tapi bermakna kata-kata tu. mungkin tak significant sekarang, tapi nanti, bila dah jadi doktor, attitude ini sangat penting. supaya tak lupa diri dan keep my feet on the earth.

#2 buat kerja yang bagus, orang akan tolong recommend kat orang lain
tak sangka. terasa sangat dihargai bila patient tolong carikan patient untuk kita. lepas selesai last visit dgn p.H, dia bg nombor fon kawan2 dia. Alhamdulillah...rezeki lagi

#3 kasih sayang
m.cik R sangat la lovely. dia tak banyak bercakap. apa yang menyentuh hati adalah, everytime lepas appoinment, dia akan peluk kami dgn penuh ksh syg lepas kami bersalaman. isn't that sweet? she makes me feel comfy and loved. hehe

#4 rapport built trust
good rapport with your patient will built your patient's trust towards you. kakak A yang pada mulanya ragu-ragu nak buat treatment, makin lama makin yakin dengan "kerja student". jangan fikir nak drill, fill and bill je. patient tu manusia, ada hati dan perasaan. patutla tahun klinikal kene 3 tahun. bukan semata-mata untuk ada skill di tangan tapi juga skill di mulut. cara nak bercakap dengan orang lain, cara nak menjaga hubungan dengan patient dan yakinkan patient tentang kemampuan kita.

#5 dont judge a file with its content
di muka depan file patient S tertera "red star" menandakan pesakit adalah medically compromise patient. patut ke diteruskan? harapan cikK untuk saya amik n tolong rawat patient ni. dapat tahu pula selain HT, dia ada depression. mak aihh, cenggana ni? (jangan guna perkataan ini dalam karangan BM atau penulisan rasmi). setelah berbincang dengan D.Dr, katanya not fair for me to treat, kene refer specialist ni. bila pt tiba, he's not that bad. boleh bawak berbincang dan agak compliance. saya tekad nak teruskan juga. hasilnya, Wallaa!! dia patient yang saya cari untuk requirement seterusnya. hurmmm kalau saya terus ikutkan first impression saya yang x baik tu? kesian patient tu, bila la nak dirawat kan? inshaa Allah i'll try my best to do what i can do. bg saya, orang mcm ginilah yang perlukan bantuan pegawai kesihatan. treat patient as a whole kan? mungkin dengan rawatan yang saya bagi mampu pulihkan keadaan dia? only Allah knows. kita usahakan jer :)

: monolog :
shud i be a lecturer after graduated?? 
i think i have teaching skills la hurmmm

konklusi langkah pertama



semester 1 2012/2013 dah nak melabuh tirai. entri ni ditulis semasa study week. nak juga curi masa menulis sambil-sambil "take a break". alhamdulillah wa syukur dengan nikmat, rahmat dan kasih sayang Allah kepada saya sepanjang menghadapi semester ni. Diakui banyak kenangan dan pengajaran suka duka sepanjang semester pertama klinikal disini. nak mula dengan yang suka atau duka dulu??

Cabutan gigi pertama!



kalau orang lain memilih tarikh ini untuk majlis-majlis peribadi, saya dan partner klinikal berpeluang mengabadikan tarikh ini, pertama kali buat cabutan gigi!! inilah kenangan indah kami walaupun berjurai-jurai peluh gementar masa nak cabot gigi p.cik H, rasa macam lama tapi rupanya tak sampai 5 minit, gigi dah tercabot dah. dengan teknik yang betul, akan kurangkan komplikasi dan percepatkan prosesnya...

banyak lagi momen-momen kali pertama yang kami lalui. partner merasai tampalan pertama, cuci gigi pertama etc. gigi palsu yang kami buat pun hampir siap.
semua ni tak akan rasa sweetnya tanpa kerjasama, persefahaman dan toleransi. kerja klinikal kat sini berbeza dengan di Adelaide. istilahnya 4 handed di mana setiap sesi, seorang akan jadi operator dan seorang lagi sebagai pembantu. ini adalah untuk membiasakan diri bekerja di KKM nanti di mana seorang pegawai pergigian akan dibantu oleh DSA (dental surgeon assistant) pada setiap masa. jadi, komunikasi tu sangat penting. syukur sangat dikurniakan partner yang sangat sekepala dan sehati sejiwa (ewahhh...)

bad moments??
saya tak rasa itu pengalaman negatif. ambilnya sebagai pengajaran untuk perbaiki diri lebih baik.
#kene marah. itu biasa. suasana belajar di sini memang sebegitu, cara nak mengajar adalah dengan meninggikan sedikit suara dan berintonasi tegas. tujuannya agar lebih diingati momen itu. tak akan ulang kesalahan yang sama. perbaiki kerja untuk tak lakukan "harm to patient".
#kene marah. jeritan tanpa usul periksa, yang ni kelakar. bagi saya ini halwa telinga. kalau di adelaide dulu, klinik ade pasang radio/lagu supaya suasana lebih selesa untuk pesakit yang menerima rawatan. kat sini, digantikan dengan teguran super-kuat para DSA dan attendan. mungkin itu cara mereka nak menghangatkan suasana
#kene marah. merajuk dan disimpan dalam peti hati. saya sangat terkesan pesanan dekan, Prof M. katanya, kesalahan itu lumrah. apa yang penting, professionalism. kesalahan semalam tu dilupakan hari ini, supaya hidup dan kerja dapat diteruskan. maaf diberi dan diterima, barulah bahagia.

disimpulkan cerita,
sempena semester baru tak lama lagi, pengalaman dan pengajaran lalu jadikanlah panduan untuk menjadi lebih baik semester hadapan. tak perlu stagnant di takuk lama, rugi! tetapkan visi, susun misi dan strategi jangka pendek dan panjang. dan visi yang terutama untuk redha dan syurga Allah. itu guideline utama tak kira la untuk belajar mahupun hidup.


saya hadiahkan pemandangan indah ini sebagai penutup. tenang kan hati, mantapkan jiwa dan pemikiran :)