Tuesday 28 May 2013

ujian masa

Allah menguji manusia samada kepada kesusahan atau kesenangan.
Salah satunya tentang MASA!

samada Allah pendekkan masa yang kita lalui atau memberkati masa dengan rasa cukup masa yang kita ada.

setelah berhempas pulas...alhamdulillah, gigi palsu p.cik AS berjaya disiapkan.
p.cik AS sgtlah gembira dengan set gigi palsu barunya. nampak 10 tahun lebih muda katanya.
MASA menantikan siap terbayar dengan kegembiraan dan kepuasan hati p.cik AS. di sini saya kongsikan gambarnya... (untuk menjaga patient confidentiality, saya hanya pamerkan gambar gigi palsunya sahaja)

gigi palsu p.cik AS pada articulator

MASA saya akan dicuri lagi!! mesyuarat agung mdsa dah selesai 19 mei yang lepas. im the current secretary now..uwaaaa!!! (mixed feeling!) anyhow, tahniah to all new committee. lets work hand-in-hand to achieve mdsa's objectives :) yeay!

and congratulation to my sista!!!!!!!
happily graduated from uitm. bachelor of science (architecture) 2008-2012
sesungguhnya MASA dia telah dipermudahkan. habis belajar dan sekarang mulalah mencari kerja ya.

terpenyek la plak gambar nehh....aisehh

demi MASA, sesungguhnya manusia dalam kerugian. melainkan mereka yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran (al-Asr)






Sunday 17 March 2013

Dental Intervasity Games & MDSA

first time join dental IVG. it was fun. walaupun pergi sebagai penyokong, tetap dapat rasa semangat  bersaing nya tu. the main reason pergi IVG sbb kena attend meeting MDSA. stands for malaysian dental student association. alang2, kita bagi sokongan kat adik2 yang nak main ni.






dan inilah keputusan keseluruhannya :)


tahniah kepada semua pemenang, peserta, penyokong dan penganjur. cuma beberapa perkara la yang kita rasa terkilan, pakaian peserta sepatutnya diberi garis panduan. ketat, pendek dan kurang sopan tidak dibenarkan sama sekali, atau disqualified. pendek kata yang menutup aurat bagi muslim dan sopan bagi non-muslim. mungkin ni perkara kecil bagi kaca mata kita tapi besar disisi Nya. dalam doa pembukaan kita minta majlis ini diredhai dan dirahmati, kita kena mulakan dengan menjaga syariatnya dulu. islam tak larang kita beriadah malah amat menggalakkannya. kan best kalau dua2 kita dapat. pahala dan sihat tubuh badan.

sambil-sambil perlawanan tu, meeting MDSA diadakan. mainly MDSA ni untuk menyatukan dan menyelaraskan semua dental schools di Malaysia atas satu platform. usaha ini telah beberapa dibuat oleh batch2 sebelum ini namun tidak tercapai. usaha ini diteruskan sekali lagi kali ini. implikasi penting MDSA adalah penglibatan pelajar malaysia dalam IDSA (international dental student association). ini usaha besar dan jauh, perlukan komitmen dan kesabaran para ahlinya untuk direalisasikan. moga jadi kenyataan.






Sunday 10 March 2013

He Knows.

semester 2 tahun 3 dah masuk minggu ke-6.
mashaaAllah cepatnya masa berlalu... tapi produktiviti tak memberansangkan pon. kerja makin banyak bertimbun.. tanggungjawab lepas satu, tak selesai lagi, tambah satu lagi.

PENAT

sedih pon ada sebab tak ter"catch-up" dengan semua ni. kadang-kadang rasa nak lari je, tak pun nak buat tak tahu tapi tak selesaikan masalah pun.

bila ada masalah cenggini selalunya kita akan cari tempat untuk luahkan. mungkin tak akan selesai tapi cukuplah sekadar nak lepaskan beban. kita akan mula cari keluarga especially ibu atau kakak, BFF ke atau binatang peliharaan pon kadang-kadang boleh membantu.

tapi yang terbaik, kita mengadu pada Dia dulu. Allah jer yang faham apa yang kita lalui. luahkan sepuas-puasnya dalam doa, nak nangis pon boleh, nak meminta pon boleh. padahal Allah dah tahu dah apa yang kita lalui, apa yang kita perlukan dan apa yang menenangkan hati kita. tak ada batasan langsung antara hamba dan penciptaNya.

lepas tu tak salah untuk kita cari jalan penyelesaian dengan berkongsi masalah kita dengan orang sekeliling. Allah tolong kita sebenarnya, melalui hamba-hambaNya yang lain. jadinya tak rugi pun kita mengadu pada Dia. cuma kena terima kenyataan yang itu semua dugaan dan ujian buat kita