Tuesday 28 August 2012

akankah ada istiqomah?



sementara masih rajin, sy teruskan
menulis.

sy ibaratkan blog ni macam journal harian. mungkin akan jadi journal mingguan ataupun bulanan, tak mengapalah. asalkan sy ada tempat untuk berkongsi cerita dan ruang untuk memperbaiki diri. sy sangat mengalukan komen2 yg membina, tak kisahlah daripada rakan sekelas, senior, pensyarah, tobib2 gigi yg membaca blog kecil ini atau sesiapa sahaja. kita manusia kerdil yang selalu buat silap, cerminan orang lain adalah yg terbaik untuk nampak diri kita yg sebenar. untuk kita gilap kelebihan yang ada dan untuk perbaiki kekurangan.

hari ini bukan saja diuji kekuatan minda menghadam 1001 benda2 baru, tapi juga ketahanan fizikal kaki yang tak duduk berjam-jam. walaupun dah pernah 2 tahun masuk klinik, banyak ilmu baru yang sy belajar 2 hari ni. tak rugi ilmu yang dicari.

antara lapangan baru yang diterokai hari ini adalah.... oral maxillo-facial surgery atau oral surgery
di Adelaide dulu, OS ni belajar tahun kelima. jadi memang tak pernah tahu sangat. refer patient pernah la dulu. ouh pernah sekali buat attachment di OMFS clinic kat hosp sg. buloh, erm so masa lect tanya tadi tak la blur sangat. seminggu shj kat klinik tu, belajar dan perhatikan apa yang doktor2 gigi kat situ buat.

berpeluang tengok opt buang oral cancer yang dah merebak sampai lymph nodes. 9am-6pm surgery. fuhh! nasib baik masa tu tak kena peluru soalan2 anatomy. yang jd mangsa, FyDO yang menghadirkan diri dalam opt hari tu.

ada sekali tu ikut dr pegi ward round, pagi2, kena buat arch bar pada rahang bawah pesakit yg patah sebab kemalangan. arch bar ni macam braces tapi besar lagi. patient baru keluar dari ICU pula tu. mencabar betul la.

prosedur lain yang sempat sy tengok, buang myocele kat bibir seorang pesakit kanak-kanak, endo treatment dan follow up mos tooth extraction. 

banyak lagi pengalaman menarik dan yang paling bermakna dapat menimba pengalaman daripada doktor2 yang dah lama bekerja dalam bidang ni.

take home message sy harini, dentist pon kena tahu dan pandai buat branula (cannula). terutamanya bila bekerja di hospital dan nak admit patient dental masuk wad. good luck week 8 nanti!

No comments:

Post a Comment