Sunday 21 October 2012

sayangi yang muda, kasihi yang berusia




mula-mula berat hati nak join projek pbsm sem ni. tapi setelah dipujuk dan ada tugasan DHE, saya dengan terbuka hatinya pergi bersama. kami melawat yayasan rumah bakti di KD.

DHE tu dental health education. bagi talk pada adik2, atuk2 dan nenek2 tentang kesihatan mulut dan gigi. sangat teruja bila pertama kali diberi peluang berkongsi ilmu yang dah dipelajari. lepas talk ada seisi memberus gigi beramai-ramai dan seisi berbual dengan atuk dan nenek disitu.

hati yang teruja berubah jadi sayu bila mula bersembang dengan nenek2 yang baik hati dan manis senyuman di sana. katanya, anak ada, menantu ada, cucu pon ada. tapi mereka memilih untuk tinggal di situ. kata mereka tak mahu menyusahkan anak menantu. nak kata bahagia, seadanya lah jawab mereka. bukan tujuan saya menunding jari kepada sesiapa kenapa semua ini berlaku. sangat bersyukur adanya tempat sebegini untuk mereka menumpang kasih, kerana masih ramai lagi mereka yang kurang bernasib baik diluar sana yang hidup tidak terurus. bila difikirkan jauh-jauh, nauzubillah ini nasib ibu bapa saya kelak. ataupun nenek dan datuk saya. saya tak mahu mereka terkurung dan tersekat hidupnya. keseorangan dan kesepian sebegitu.

                                           

melihat anak-anak kecil yang membesar di sana sangat menyentuh hati saya. walaupun pada zahirnya terpaksa bertegas untuk menenangkan mereka yang "tersangat aktif", tapi jauh di sudut hati mengatakan, kurangnya kasih sayang yang membuatkan mereka sebegitu. saya kurang pasti status kanak-kanak disini. daripada perbualan dengan warga emas di sini, ada sebahagian mereka yang masih punyai keluarga. saya hairan mengapa mereka dibiarkan di sini sedangkan tempat terbaik untuk mereka membesar adalah di rumah? saya tak nafikan, ada keluarga yang tidak mampu menyara anak-anak mereka tetapi kekurangan kasih sayang dan didikan lebih tragis kesannya berbanding kekurangan material. Apa yang saya khuatirkan, bagaimana keadaan mereka bila sudah berumur 17-18 tahun nanti? Cukupkah "kelengkapan" yang disediakan untuk mereka menempuh dugaan hidup di luar sana? atau adakah putaran hidup mereka dan anak-anak mereka akan berputar di atas roda yang sama? saya kaget memikirkan semua itu.

                                         

saya buntu apa tindakan saya seterusnya selepas berhadapan dengan semua ni. esok lusa berkemungkinan besar perasaan saya akan semakin pudar, fikiran saya tentang pekara ni akan semakin diketepikan. bila mana saya akan kembali disibukkan dengan tugasan sebagai seorang pelajar pergigian di tahun klinikal, mungkin saya akan melupakan pekara yang saya fikirkan besar ketika ini. walhal adik-adik, atuk nenek di rumah bakti KD atau di mana sahaja akan terus juga jalani hidup mereka seperti selalu. ada satu impian saya. untuk kembali semula ke sana. buat sesuatu yang saya mampu untuk mengubah kehidupan mereka. mungkin bukan dari segi  material tapi berkongsi ilmu dan kasih sayang.

                                                 

saya tak pasti bila dan bagaimana tapi ini tekad saya, inshaAllah...

No comments:

Post a Comment