Sunday 21 October 2012

Tanda Putera

                    


apa komen anda tentang filem sejarah?

uitm shah alam diberi pengiktirafan untuk pra-tonton Tanda Putera, 8 november ini.
terpanggil untuk menyaksikannya setelah membaca bahawa filem mampu memberi impak luar biasa

dah lama menunggu karya ilmu sebegini....

sayangi yang muda, kasihi yang berusia




mula-mula berat hati nak join projek pbsm sem ni. tapi setelah dipujuk dan ada tugasan DHE, saya dengan terbuka hatinya pergi bersama. kami melawat yayasan rumah bakti di KD.

DHE tu dental health education. bagi talk pada adik2, atuk2 dan nenek2 tentang kesihatan mulut dan gigi. sangat teruja bila pertama kali diberi peluang berkongsi ilmu yang dah dipelajari. lepas talk ada seisi memberus gigi beramai-ramai dan seisi berbual dengan atuk dan nenek disitu.

hati yang teruja berubah jadi sayu bila mula bersembang dengan nenek2 yang baik hati dan manis senyuman di sana. katanya, anak ada, menantu ada, cucu pon ada. tapi mereka memilih untuk tinggal di situ. kata mereka tak mahu menyusahkan anak menantu. nak kata bahagia, seadanya lah jawab mereka. bukan tujuan saya menunding jari kepada sesiapa kenapa semua ini berlaku. sangat bersyukur adanya tempat sebegini untuk mereka menumpang kasih, kerana masih ramai lagi mereka yang kurang bernasib baik diluar sana yang hidup tidak terurus. bila difikirkan jauh-jauh, nauzubillah ini nasib ibu bapa saya kelak. ataupun nenek dan datuk saya. saya tak mahu mereka terkurung dan tersekat hidupnya. keseorangan dan kesepian sebegitu.

                                           

melihat anak-anak kecil yang membesar di sana sangat menyentuh hati saya. walaupun pada zahirnya terpaksa bertegas untuk menenangkan mereka yang "tersangat aktif", tapi jauh di sudut hati mengatakan, kurangnya kasih sayang yang membuatkan mereka sebegitu. saya kurang pasti status kanak-kanak disini. daripada perbualan dengan warga emas di sini, ada sebahagian mereka yang masih punyai keluarga. saya hairan mengapa mereka dibiarkan di sini sedangkan tempat terbaik untuk mereka membesar adalah di rumah? saya tak nafikan, ada keluarga yang tidak mampu menyara anak-anak mereka tetapi kekurangan kasih sayang dan didikan lebih tragis kesannya berbanding kekurangan material. Apa yang saya khuatirkan, bagaimana keadaan mereka bila sudah berumur 17-18 tahun nanti? Cukupkah "kelengkapan" yang disediakan untuk mereka menempuh dugaan hidup di luar sana? atau adakah putaran hidup mereka dan anak-anak mereka akan berputar di atas roda yang sama? saya kaget memikirkan semua itu.

                                         

saya buntu apa tindakan saya seterusnya selepas berhadapan dengan semua ni. esok lusa berkemungkinan besar perasaan saya akan semakin pudar, fikiran saya tentang pekara ni akan semakin diketepikan. bila mana saya akan kembali disibukkan dengan tugasan sebagai seorang pelajar pergigian di tahun klinikal, mungkin saya akan melupakan pekara yang saya fikirkan besar ketika ini. walhal adik-adik, atuk nenek di rumah bakti KD atau di mana sahaja akan terus juga jalani hidup mereka seperti selalu. ada satu impian saya. untuk kembali semula ke sana. buat sesuatu yang saya mampu untuk mengubah kehidupan mereka. mungkin bukan dari segi  material tapi berkongsi ilmu dan kasih sayang.

                                                 

saya tak pasti bila dan bagaimana tapi ini tekad saya, inshaAllah...

Wednesday 10 October 2012

attitude




okey,, ni nak post 3 minggu lepas tapi tak terpublish...(here it goes)

banyak bende belajar dari 2 minggu intro to clinic. ilmu-ilmu baru tu for sure la. yang paling terkesan (yang tersirat) belajar tentang attitude. bukan sekadar untuk jadi seorang dr gigi tapi untuk sepanjang hayat. attitude dalam semua perkara. kepada pesakit, kepada pensyarah, kepada rakan sekelas dan yang paling penting kepada diri sendiri.

bila dah tahun klinikal ni, perangai kene lebih matang dan perlu pandai menguruskan kehidupan. kerja makin banyak, revision pon makin byk, hari-hari berhadapan dengan pesakit. kalau tak serius uruskan masa, kelam kabut jadinya. matang tu dari segi emosi terutamanya sebab selalu akan diuji dengan perkara-perkara yang tidak kita rancang, jadi bila sesuatu berlaku tidak ikut plan kita, kene la tenang dan sabar, tanpa cepat melatah. memang kita rancang tapi kan Allah sebaik-baik perancang.

attitude towards lecturers berbeza dgn ms kat adelaide dulu. pernah dengar tak istilah "customer always right!"? dalam klinik, lecturers always right. anggap diri sendiri starts from zero (0) dan dgn bantuan lecturer u'll fill in. cara aussie berbeza. mereka terbuka untuk terima pendapat pelajar tentang sesuatu perkara. akhirnya, pelajar tu mampu berfikir sendiri dan makin bijak menilai sesuatu perkara.

key to remember untuk seorang student jaga attitude, pelajar ni sentiasa berada di tahap paling rendah. even m.cik cleaner pon lebih tinggi kedudukannya. belajar untuk hormati orang lain (tidak kira sesiapa jua pun). hormati pendapat, dengar dengan teliti, guna perkataan yang elok, hargai bantuan dan berian orang lain dan macam-macam lagi cara kita menghormati orang lain. tidak cepat melenting bila orang lain menegur kesalahan kita - ini konsep yang kita ni zero. tegur tu untuk kita perbaiki diri kepada yang lebih baik. mengapa perlu fikirkan yang negatif?





      


1 hari 1 ilmu baru



"hari ni lebih baik dari semalam, dan esok seharusnya lebih baik dari hari ini"
siapa yang berpegang pada nasihat ni, hidupnya terus maju ke depan. kesalahan dan kekurangan semalam tak akan berulang hari ini dan apa yang baik hari ini, diteruskan hari esok.


dah 5 minggu dalam klinik. banyak belajar perkara baru. ilmu-ilmu baru. benarla kata orang, ilmu tu tanpa amal sia-sia jer. pandai macam mane pon kita dalam kelas, tapi tak reti nak aplikasi dalam klinik dengan patient, ilmu tu jadi tak berguna. lebih membimbangkan, pergi nak beramal tapi tak ada ilmu langsung. mulalah terjerumus pada kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

bila dikaji-kaji balik, hakikatnya, penyakit itu kesan perbuatan manusia. memang benar ada penyakit yang Allah bagi untuk kafarah dan suratan takdir hambaNya. itu tak dinafikan dan diterima sepenuhnya. saya tekankan penyakit-penyakit zaman kini yang etiologi nya pesakit itu sendiri. contoh penyakit bidang yang saya ceburi,

gigi berlubang - makanan manis yang dimakan dengan kerap, makanan berasid, jarang bersihkan gigi dan mulut

gusi berdarah dan tulang gigi berkurang - merokok, minuman keras, kebersihan mulut tak dijaga

kehilangan gigi - penyakit-penyakit kronik, dan sebab-sebab di atas

semua sakit-sakit di atas, boleh dikawal dengan mengubat sikap dalaman diri pesakit. tabiat-tabiat yang tidak beruntung tu, sekiranya disalurkan kepada yang lebih positif, mampu menghalang pesakit daripada penyakit-penyakit sebegini.

tapi tak semua yang boleh menerima hakikat sebegini. "live life to the fullest" katanya. seringkali kita kena ingat, kehidupan kita ni pinjaman sahaja. ibarat modal yang dipinjam untuk kita menjana keuntungan demi hidup yang kekal abadi disana nanti. bila di mahsyar, saat untung-rugi dihitung, dengan gembiranya kita akan benar2 mengecapi "live eternity to the fullest!".

dan hari ini dalam sejarah, 51 org pelajar tahun 3 pergigian batch'10-'15 telah berjaya lakukan LA (local anesthesia) - bius setempat :) Alhamdulillah! tiada kecederaan n kemalangan ataupun pengsan. kita selalu "cuak" lakukan sesuatu yang baru atau menghadapi sesuatu yang baru. cuak tu bagus dengan kadar ia memotivasikan diri kita untuk bersedia. tapi ruginya kalau cuak tu hingga menyebabkan kita terus 'demotivated' untuk mencuba.

mendoakan yang terbaik untuk semua ;)