Tuesday 14 August 2012

ini mulanya: dari SA ke SA

assalamualaikum wbt

bismillahirrahmanirrahim, dengan ini sy merasmikan blog ini.

permulaan blog ini sebagai tanda bermulanya sy dalam karier sebagai doktor gigi. oops belum grad lagi. baru masuk tahun klinikal. alhamdulillah secara rasminya sy akan melangkah ke tahun ketiga ijazah sarjana muda pergigian di UiTM. dengan harapan akan grad lagi 3 tahun inshaAllah.

perjalanan hidup sy sebagai pelajar pergigian tidak semudah melalui lebuh raya utara-selatan seperti kebanyakan pelajar. teringat satu puisi inggeris "The Road not Taken" oleh Robert Frost, kisah pemuda di persimpangan jalan. tahun 2004, sy memilih pergigian sebagai karier masa depan sy. bukan keputusan yg mudah, sedangkan ketika tu sy dah mulakan pengajian IB di KMB untuk persiapan kursus geologi. dengan redha ibu n abah sy memilih untuk bertukar ke INTEC bagi persediaan sebelum ke Australia.

semasa memohon ke Uni of Adelaide, bermulalah ujian ketahanan minda dan semangat buat sy untuk menjadi seorang doktor gigi. sy gagal ujian "personality test", mungkin kerana jerebu kuning yang teruk melanda shah alam ketika itu (kenapa perlu salahkan cuaca?). sy ditawarkan untuk mengambil kursus Health Science sementara mencuba untuk memohon sekali lagi. bukan senang nak nego dengan JPA untuk alternatif sebegini.

Alhamdulillah, berkat doa, sy terbang ke Adelaide, South Australia (SA) tanggal 16 Februari 2006 (ketika berusia 19 tahun 4 bulan). Setelah setahun, sy berjaya melangkah ke tahun pertama Bachelor of Dental Surgery :)
Hakikatnya, personality test yg sama sy ambil, mungkin beberapa bulan di Adelaide buat sy lebih kenal diri sendiri. Juga interview yang kelakar tu ketika umur sy genap 20 tahun :))

Why you choose dentistry? (Soalan lazim yg jawapan sy sentiasa berubah)
What if you didnt get into dentistry? What would you do?
I've working so hard for this. I want to do dentistry so badly as if i didnt get a place, i'll keep trying until i get in, eventhough it tooks me several years!



fuhh~ ini kata-kata yang terbit dari lubuk hati yang paling dalam

masa berlalu dan saya diuji sekali lagi di tahun ke-3 apabila dua keputusan tidak memuaskan. sy terpaksa mengulang setahun pengajian. (ini sistem ijazah pergigian dan perubatan walau di mana anda berada, ambil 7 subjek, 2 gagal, ulang tahun pengajian bermakna ulang semua 7 subjek pengecualian untuk markah 75 ke atas). sy tak mahu pisang berbuah dua kali (betul ke penggunaan peribahasa ni?) jd usaha dilipat gandakan.

namun, semangat sy teruji sekali lagi. sy masih gagal satu subjek yg sy ulang. subjek medical pathology yg tak secara lansung berkait dengan pergigian. JPA tak benarkan sy mengulang jd, sy terpaksa pulang ke Malaysia selepas 5 tahun di sana. (hidup sebagai anak perantauan di bumi kangaroo sangat bermakna, bila kelapangan sy akan kongsikan). takdir sy, rezeki sy di sini sekarang. uitm shah alam (SA), fakulti pergigian :)

inshaAllah seminggu selepas raya, semester baru akan bermula...bermula lah pengembaraan sy menuju cita-cita buat kali kedua :)

 ikhlaskan niat, cekalkan semangat Dr Ili Mazlina. u'll be doing fine inshaAllah.


No comments:

Post a Comment