Monday 27 August 2012

individual small steps leads to giant steps for mankind




Inilah hari yang didebarkan. langkah pertama dalam tahun ketiga. bermula dengan "introduction to clinic, ITC" selama 2 minggu.

Seorang pegawai pergigian (dental officer) perlu memiliki beberapa kriteria tertentu untuk terus berada dalam bidang ini. Senarai yang panjang, sy amik beberapa untuk jadi peringatan buat diri sendiri

CARE : memahami perasaan pesakit. merawat pesakit sama rata tak kira bagaimana latar belakangnya.
SMILE : senyum. satu karekter yang sangat penting. senyum kepada pesakit, kepada rakan sekerja, kepada staff dan kepada "diri sendiri" (bukan senyum sendirian). kita selalu terlupa untuk senyum bila kita stress.
GOOD COMMUNICATION : ini penting supaya maklumat yang nak disampaikan diterima dengan baik. bukan sekadar memberi tapi mendengar dengan baik juga penting.

I KNOW NOTHING.
phrase ini akan menjaga kita dari sifat angkuh dan bangga diri, tak menghormati orang lain dan keras kepala. kita sentiasa tak tahu apa-apa, banyak lagi perkara yang kita tidak tahu jadi rajin-rajinlah belajar daripada orang lain dan sumber2 yang dipercayai.

BE PREPARED
malas macam mana sekali pun, selaklah tajuk2 untuk prosedur yang akan dilakukan dan cari maklumat tentang apa yang tak diketahui selepas prosedur tu. tak mengapa untuk kena marah, itu motivasi untuk belajar. jangan simpan dalam hati.

inilah antara pesanan2 pensyarah yang sy nak kongsikan. bukan sekadar pesanan untuk jadi pelajar pergigian  yang baik tapi pesanan hingga bertugas sebagai seorang doktor gigi nanti.


                                    

No comments:

Post a Comment