Monday 14 January 2013

konklusi langkah pertama



semester 1 2012/2013 dah nak melabuh tirai. entri ni ditulis semasa study week. nak juga curi masa menulis sambil-sambil "take a break". alhamdulillah wa syukur dengan nikmat, rahmat dan kasih sayang Allah kepada saya sepanjang menghadapi semester ni. Diakui banyak kenangan dan pengajaran suka duka sepanjang semester pertama klinikal disini. nak mula dengan yang suka atau duka dulu??

Cabutan gigi pertama!



kalau orang lain memilih tarikh ini untuk majlis-majlis peribadi, saya dan partner klinikal berpeluang mengabadikan tarikh ini, pertama kali buat cabutan gigi!! inilah kenangan indah kami walaupun berjurai-jurai peluh gementar masa nak cabot gigi p.cik H, rasa macam lama tapi rupanya tak sampai 5 minit, gigi dah tercabot dah. dengan teknik yang betul, akan kurangkan komplikasi dan percepatkan prosesnya...

banyak lagi momen-momen kali pertama yang kami lalui. partner merasai tampalan pertama, cuci gigi pertama etc. gigi palsu yang kami buat pun hampir siap.
semua ni tak akan rasa sweetnya tanpa kerjasama, persefahaman dan toleransi. kerja klinikal kat sini berbeza dengan di Adelaide. istilahnya 4 handed di mana setiap sesi, seorang akan jadi operator dan seorang lagi sebagai pembantu. ini adalah untuk membiasakan diri bekerja di KKM nanti di mana seorang pegawai pergigian akan dibantu oleh DSA (dental surgeon assistant) pada setiap masa. jadi, komunikasi tu sangat penting. syukur sangat dikurniakan partner yang sangat sekepala dan sehati sejiwa (ewahhh...)

bad moments??
saya tak rasa itu pengalaman negatif. ambilnya sebagai pengajaran untuk perbaiki diri lebih baik.
#kene marah. itu biasa. suasana belajar di sini memang sebegitu, cara nak mengajar adalah dengan meninggikan sedikit suara dan berintonasi tegas. tujuannya agar lebih diingati momen itu. tak akan ulang kesalahan yang sama. perbaiki kerja untuk tak lakukan "harm to patient".
#kene marah. jeritan tanpa usul periksa, yang ni kelakar. bagi saya ini halwa telinga. kalau di adelaide dulu, klinik ade pasang radio/lagu supaya suasana lebih selesa untuk pesakit yang menerima rawatan. kat sini, digantikan dengan teguran super-kuat para DSA dan attendan. mungkin itu cara mereka nak menghangatkan suasana
#kene marah. merajuk dan disimpan dalam peti hati. saya sangat terkesan pesanan dekan, Prof M. katanya, kesalahan itu lumrah. apa yang penting, professionalism. kesalahan semalam tu dilupakan hari ini, supaya hidup dan kerja dapat diteruskan. maaf diberi dan diterima, barulah bahagia.

disimpulkan cerita,
sempena semester baru tak lama lagi, pengalaman dan pengajaran lalu jadikanlah panduan untuk menjadi lebih baik semester hadapan. tak perlu stagnant di takuk lama, rugi! tetapkan visi, susun misi dan strategi jangka pendek dan panjang. dan visi yang terutama untuk redha dan syurga Allah. itu guideline utama tak kira la untuk belajar mahupun hidup.


saya hadiahkan pemandangan indah ini sebagai penutup. tenang kan hati, mantapkan jiwa dan pemikiran :)

No comments:

Post a Comment